< PendapatanTambahan.com

Jadi ejen atau wakil penjual

Cara termudah buat duit sampingan ialah jadi ejen atau wakil penjual. Kenapa? Kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menjadi ejen. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar dan kadang-kala mengikuti beberapa kursus yang diberikan.

Antara ejen yang anda boleh pertimbangkan ialah

* Ejen takaful/insurans
* Ejen unit trust
* Ejen hartanah

Di atas merupakan jenis ejen yang popular dan bertahan lama. Terbukti berkesan dan mendatangkan hasil yang lumayan jika dikerjakan bersungguh-sungguh. Menjadi ejen tidak seperti melakukan MLM di mana anda memerlukan kumpulan yang besar untuk dijaga, pergi kursus motivasi setiap malam/minggu dan sebagainya.

Komisen bagi setiap jenis ejen di atas berbeza-beza.

Contohnya ejen insurans/takaful mendapat 30% komisen daripada bayaran bulanan peserta (premium atau sumbangan). Komisen semakin sedikit dan akhirnya tidak dapat langsung setelah 5 atau 6 tahun. Tetapi ini adalah komisen yang paling banyak dan dapat berulang-ulang kali.

Contoh komisen: Bayaran sumbangan bulanan ialah RM100 seorang. Anda mendapat RM30 sebulan untuk seorang. Jika anda mempunyai 5 orang peserta sebulan dan bertambah. Anda boleh membuat sekurang-kurangnya RM3000 terkumpul dalam masa 6 bulan!

Berbeza dengan ejen insurans/takaful kenderaan. Komisen yang anda boleh dapati cuma 10% dari jumlah bayaran peserta dan sekali sahaja. Kelebihannya pula, anda boleh mendapatnya lagi pada tahun-tahun akan datang dan boleh dikatakan setiap individu mempunyai kenderaan. Prospek anda begitu ramai!

Contoh komisen: Bayaran premium ialah RM800. Komisen anda ialah RM80. Jika anda mendapat 10 kenderaan dalam sebulan, anda mendapat RM800 tambahan!

Manakala komisen ejen unit trust pula dalam 2% daripada simpanan peserta. Sekali dapat sahaja. Tetapi biasanya peserta simpan dalam amaun yang besar yang dikeluarkan daripada KWSP/EPF. Dan ejen biasanya boleh mendapat komisen berkali-kali daripada orang yang sama kerana pengeluaran sekaligus dari KWSP tidak dibenarkan.

Contoh komisen: Anda boleh mendapatkan 2 orang pelabur yang boleh melabur RM50,000 seorang dalam sebulan. Anda boleh mendapat pendapatan sampingan RM2000 sebulan!

Komisen untuk ejen hartanah pula ialah dalam 2% daripada nilai hartanah. Komisen akan diperolehi sebaik sahaja pembeli menandatangani perjanjian untuk membeli hartanah. Komisen diperolehi sekali saja untuk setiap transaksi.

Contoh komisen: Anda boleh menjual 2 buah rumah dalam masa sebulan berharga RM100,000 sebuah. Anda boleh mendapat pendapatan sampingan sebanyak RM4000 sebulan!

Jadi, cuba pertimbangkan adakah anda sesuai untuk menjadi salah satu dari ejen di atas? Dan berbaloikah pulangannya jika anda mengusahakannya? Tanya mereka yang pernah melakukannya dengan berjaya.

Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak tetapi perlu banyak belajar tentang cara-cara menjalankan urusniaga dengan baik.

Nota: Komisen ejen mungkin berbeza-beza antara satu syarikat dengan syarikat lain. Sila rujuk kepada syarikat yang berkenaan untuk maklumat lanjut.

Kalau menjadi wakil penjual tidak sesuai untuk anda, kita akan bincangkan cara lain untuk menjana pendapatan tambahan. Nantikan artikel berikutnya.

 

 

Workshop bina laman web perniagaan
Jimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan mempelajari teknik membina laman web perniagaan anda sendiri. Harga istimewa sempena workshop yang pertama akan diadakan.

Workshop ini ialah kesinambungan kepada panduan ringkas yang ditulis bertajuk "5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet Anda"

("right click" dan "save as" di atas gambar di bawah untuk muat turun percuma)

 


www.PendapatanTambahan.com
www.AhmadAzwan.com

Perhatian: Anda boleh menggunakan artikel ini di website anda dengan syarat anda tidak mengubah apa-apa yang terkandung di dalamnya dan memberi kredit kepada PendapaTantambahan.com sebagai sumber asal.

>> Masih belum melanggan? Langgan sekarang untuk membaca siri artikel.